Ruang dapur seelok-eloknya
dilengkapi cabinet berpermukaan kerja dan sink yang dibina berasingan.Bahan
permukaan kerja pula hendaklah berlainan bagi membezakan setiap fungsi kawasan
kerja.Lain bahan,lainlah pula ciri dan ketahanannya.Ada yang mudah terjejas
oleh tumpahan tertentu dan benda panas,ada juga yang tahan lasak,senang
dibersihkan dan cantik.Justeru sebelum membuat sebarang pilihan,teliti setiap
ciri bahan permukaan kerja yang ditawarkan.
Sama pentingnya dengan meja kerja,sink pula
biasanya terletak antara dua penjuru ruang.Namun,tempat paling sesuai ialah
diantara peti sejuk dengan dapur masak.Sama ada ditengah atau berhampiran peti
sejuk dan dapur masak,sink menjadi laluan serta tempat persinggahan
kedua-duanya.Ia paling sesuai dibina berhadapan tingkap kerana udara segar yang
masuk melaluinya mempercepatkan proses pengeringan pinggan mangkuk.
Lazimnya,sink mempunyai mangkuk
tadahan sedalam 0.12-0.17meter tetapi jika kerap memasak,sink sedalam 0.2-0.25
meter diperlukan untuk kemudahan mencuci periuk,kuali besar dan bahan masakan.
Pelbagai reka bentuk sink terdapat
dipasaran,antaranya:
A)BERKEMBAR-untuk menyabun dan
membilas
B)SATU MANGKUK-sering diguna dan
terletak selari dengan dapur masak.
C)MANGKUK BULAT-lazim diguna untuk tugas
ringan dan diletakkan di sudut.
D)TIGA MANGKUK-mangkuk tengah
biasanya diguna sebagai tempat membuang sisa
makanan,selain untuk mengeringkan sayuran dan buah-buahan selepas dibasuh,selain piring dan mangkuk kecil.
makanan,selain untuk mengeringkan sayuran dan buah-buahan selepas dibasuh,selain piring dan mangkuk kecil.
PANDUAN AM
1.Lindungi kawasan sekitar dapur masak dengan
kemasan granit,quartz stone,solid surface,terazo,keluli tahan karat dan tiles
dengan binaan konkrit.Ketujuh-tujuh bahan ini kalis panas,tahan lasak dan
memerlukan sedikit sahaja penjagaan.Bagaimanapun,jika menyewa atau anda tidak
tinggal lama,fikirlah dua kali untuk memasang bahan ini kerana ia membabitkan
kos tinggi.
2.Jika sink dilengkapi tempat
mengering,pastikan kemasan permukaannya bersifat kalis air dan tidak terlalu
keras bagi mengelak barangan kaca dan tembikar Cina pecah sewaktu menyusun
diatasnya.Kemasan seperti keluli tahan karat,kayu keras berminyak dan corian
antara yang sesuai diguna sebagai tempat pengeringan.
3. Pastikansink dilengkapi kepala paip yang
mudah diputar dan seeloknya paip dipasang tinggi supaya peralatan memasak dan
menghidang yang digunakan tidak mudah terhantuk sewaktu mencuci.
4. Kerja memotong dan menyediakan masakan
sebaiknya dilakukan diatas bod kayu.Oleh itu,beli beberapa bod kayu untuk
diletakkan diatas permukaan kerja.
5. Kemasan seperti granit,solid
surface,quartz stone dan batu loh adalah dua permukaan kerja yang sesuai untuk
membuat roti dan pastri kerana sifatnya yang sejuk serta licin membuatkan doh
tidak melekat.
6. Permukaan kerja kayu yang disaluti minyak Nampak menarik tetapi elak meletak benda panas di atasnya.
REPORT BY
eezan 0133417660
No comments :
Post a Comment