MENGGUNAKAN KAYU YANG LEBIH MURAH tetapi jangka
hayatnya yang kurang dari 10tahun.Merugikan bila perlu berbelanja lebih untuk
penyelengaraan dan proses menggantikan semula kayu yang telah reput.
Kayu keras seperti
cengal,balau,resak,jati,merbau memerlukan masa untuk menjadi keras,semakin
berusia kayu tersebut makin padu dan keras.Kayu yang baru selalunya belum
kering dan kandungan air dalam kayu tersebut akan sebabkan kayu menjadi
lembut.Jangan terkejut kiranya NILAI KAYU LEBIH MAHAL BERBANDING HARGA KERETA ANDA
kerana kayu adalah bahan semulajadi yang tidak boleh diperbaharui.Kayu yang
lebih matang lebih jelas kecantikan uratnya.Kadang-kadang kayu terpakai merekah
bukan kerana keupayaan kayu tersebut rendah tetapi sebab terlalu keras.
APA ISTIMEWANYA KAYU?
1.Kayu memiliki daya tegangan,mampatan dan
daya melentur yang tinggi.
2.Kayu boleh diubah bentuk (kraft)menggunakan
peralatan tangan tanpa menggunakan mesin.
3.Kayu mempunyai daya tahan terhadap beban
yang tinggi.
4.Semakin nyata ira kayu yang ada padanya
semakin tinggi nilai yang diletakkan keatasnya (nilai estetik).
5.Kayu mampu menyerap dan memindahkan bunyi
dengan baik (daya serapan dan pindahan yang tinggi).
6.Kayu juga mempunyai kekuatan fizikal yang
boleh mengatasi kejutan secara tiba-tiba seperti gempa bumi dan sebagainya.
7.Kos penyelengaraan yang mudah dan murah
bergantung kepada jenis kayu,lebih tahan lama jika diberi rawatan tertentu dan
bersesuaian.
8.Kayu memiliki nilai yang tinggi bergantung
kepada usianya,semakin lama usia kayu semakin tinggi nilainya.
9.Kayu mengembang bila panas dan mengecut
bila sejuk.
10.Penyambungan kayu boleh dibuat melalui
system tanggam,pasak dan baji sekiranya tidak menggunakan paku.REPORT BY
eezan 0133417660
No comments :
Post a Comment