Sunday, 2 June 2013

PERKARA PENTING UNTUK KOS MEMBINA KABINET DAPUR


1) SAIZ BINAAN
2) BAHAN DAN KEMASAN
3) REKABENTUK
4) AKSESORI
5) KOS KONTRAKTOR

SAIZ BINAAN
Lebih besar saiz binaan dapur anda tentulah lebih besar juga kos membinanya.Misalnya dapur berbentuk L bersaiz 12kakiX12kaki tentulah lebih mahal dari dapur L saiz 7kakiX7kaki.Sebabnya tenaga kerja,masa dan bahan gunaan meningkat dengan skala saiz binaan.Sama jugak dengan kos pengangkutan,penggunaan mesin dan sebagainya.
SEMESTINYA DAPUR YANG KECIL DAN RINGKAS LEBIH MURAH DARI DAPUR BESAR DENGAN AKSESORI PENUH.

BAHAN DAN KEMASAN
            Bahan binaan dan kemasan kabinet dapur yang dipilih juga memainkan peranan dalam menentukan kos.Badan cabinet yang dibina menggunakan kepingan chipboard tidak sama dengan badan cabinet yang dibina dengan ply bertetulang.Worktop konkrit,solid surface,chipboard,kayu atau granite pun berlainan harga.Pintu-pintu cabinet juga boleh menggunakan pelbagai bahan serta kemasan.Chipboard atau melamine board dengan ABS merupakan antara pilihan yang paling murah.Bagaimanapun HARGA AKAN MENINGKAT APABILA MENGGUNAKAN BAHAN DAN KEMASAN YANG LEBIH KUKUH DAN BERKUALITI seperti ply laminasi,kayu solid,kaca,aluminium,stainless steel dan sebagainya.

REKABENTUK
            Rekabentuk kabinet dapur berbeza-beza mengikut keperluan dan citarasa seseorang.Ada yang memilih untuk memiliki dapur yang berekabentuk ringkas seperti kotak-kotak modular.Ada yang inginkan cabinet dapur mereka direka dengan ciri-ciri tertentu,misalnya dinding yang lebih lebar,bentuk yang unik,unit atas sampai ke siling,kabinet gantung dan sebagainya.JIKA RUMIT REKABENTUK YANG DICIPTA MAKA TENTU LEBIH MAHAL KOS MEMBINANYA.

AKSESORI 
            Selain dari binaan cabinet dapur asas,anda juga perlu memikirkan tentang aksesori-aksesori yang diperlukan bagi melengkapkan dapur supaya ia menjadi lebih praktikal dan benar-benar berfungsi sebagaimana yang diharapkan.Anda mungkin mahu cabinet dapur anda dilengkapi rak pengering pinggan,rak botol,bakul tarik untuk MEMUDAHKAN PENGURUSAN STOK BARANGAN.Selain itu anda mungkin juga inginkan kabinet anda dilengkapi lampu-lampu bina dalam,menggunakan ensel-ensel softclose,handel yang cantik dan sebagainya.Semakin banyak aksesori yang anda aplikasikan ke dalam dapur anda,maka semakin besarlah belanja yang perlu dikeluarkan.

KOS KONTRAKTOR
            Selain dari kos kabinet dapur itu sendiri,anda juga perlu melihat kos-kos yang ditanggung pihak kontraktor.Misalnya kos overhead perniagaan yang besar dan berjenama mungkin akan memberi sebutharga yang sesuai dengan kedudukannya.TUKANG ATAU BURUH YANG BERKEMAHIRAN TINGGI PERLU DIBAYAR LEBIH MAHAL DARI MEREKA YANG KURANG BERKEMAHIRAN.Jarak yang jauh juga akan menyebabkan kos pengangkutan meningkat.Bagi kotraktor yang memberi jaminan atau service lepas jualan sejumlah peruntukan perlu disediakan untuk tujuan berkenaan.

KESIMPULAN
            Sebagai kesimpulannya,kos membina kabinet dapur anda bukan saja tidak akan sama dari rumah ke rumah tetapi dari kontraktor kerana factor-faktor yang disebutkan di atas.Ada sebab kenapa sesuatu itu mahal atau murah.Pada dasarnya tidak ada siapa yang akan menjual murah barang mahal dan tidak ada siapa akan membeli mahal barang murah.Secara universalnya kualiti dan harga sentiasa seiringan.

“WHEN YOU PAY PEANUTS, YOU GET MONKEYS”
REPORT BY
eezan 0133417660

No comments :

Post a Comment