Sunday, 2 June 2013

MARI MENGENALI BALAU DAN CENGAL

MATERIAL
FAKTA TENTANG KAYU BALAU
1.Memiliki karakter yang menarik dan tahan lasak untuk kegunaan luar rumah.
2.Tahan lama dan sering digunakan untuk pejalan kaki,laluan taman,jambatan dan pelantar.
3.Kalis reput,tahan kepada serangan serangga perosak dan kulat terutama dikawasan tanah lembap.
4.Tahan hakisan dan kalis haba.
5.Harganya tak terlalu mahal jika dibandingankan dengan kayu cengal dan resak.

FAKTA TENTANG KAYU CENGAL.
1.Pokok cengal (scientific name neobalanocarpus heimii)
2.Karakternya struktur pokoknya keras dan tahan lama.Berketumpatan 915-980kilogram per meter padu.Material terbaik bagi pembinaan bot,rumah,jambatan,tiang,landasan kereta api,kapal dan lain-lain.
3.Keupayaan cengal tahan pada sebarang cuaca dan serangan anai-anai tanpa perlu proses pengawetan dan menjadikannya kayu terbaik dengan nilai tertinggi dalam pasaran.
4.Mampu kekal dalam kondisi terbaik sehingga 100tahun.Faktor tersebut menjadikan cengal pilihan utama dalam pembinaan kediaman dan struktur luar rumah.
5.Kayu yang tahan seumur hidup dan tak akan rosak asalkan kayu diselenggara dengan baik.

6.Cengal nilainya semakin hari semakin tinggi umpama satu asset bagi mereka yang tahu menilainya.

report by
eezan 0133417660

APA ANDA PERLU TAHU TENTANG GAZEBO..


MENGGUNAKAN KAYU YANG LEBIH MURAH tetapi jangka hayatnya yang kurang dari 10tahun.Merugikan bila perlu berbelanja lebih untuk penyelengaraan dan proses menggantikan semula kayu yang telah reput.
Kayu keras seperti cengal,balau,resak,jati,merbau memerlukan masa untuk menjadi keras,semakin berusia kayu tersebut makin padu dan keras.Kayu yang baru selalunya belum kering dan kandungan air dalam kayu tersebut akan sebabkan kayu menjadi lembut.Jangan terkejut kiranya NILAI KAYU LEBIH MAHAL BERBANDING HARGA KERETA ANDA kerana kayu adalah bahan semulajadi yang tidak boleh diperbaharui.Kayu yang lebih matang lebih jelas kecantikan uratnya.Kadang-kadang kayu terpakai merekah bukan kerana keupayaan kayu tersebut rendah tetapi sebab terlalu keras.

APA ISTIMEWANYA KAYU?
1.Kayu memiliki daya tegangan,mampatan dan daya melentur yang tinggi.
2.Kayu boleh diubah bentuk (kraft)menggunakan peralatan tangan tanpa menggunakan mesin.
3.Kayu mempunyai daya tahan terhadap beban yang tinggi.
4.Semakin nyata ira kayu yang ada padanya semakin tinggi nilai yang diletakkan keatasnya (nilai estetik).
5.Kayu mampu menyerap dan memindahkan bunyi dengan baik (daya serapan dan pindahan yang tinggi).
6.Kayu juga mempunyai kekuatan fizikal yang boleh mengatasi kejutan secara tiba-tiba seperti gempa bumi dan sebagainya.
7.Kos penyelengaraan yang mudah dan murah bergantung kepada jenis kayu,lebih tahan lama jika diberi rawatan tertentu dan bersesuaian.
8.Kayu memiliki nilai yang tinggi bergantung kepada usianya,semakin lama usia kayu semakin tinggi nilainya.
9.Kayu mengembang bila panas dan mengecut bila sejuk.
10.Penyambungan kayu boleh dibuat melalui system tanggam,pasak dan baji sekiranya tidak menggunakan paku.

REPORT BY
eezan 0133417660

BAHAN PERMUKAAN KERJA DAN SINK


Ruang dapur seelok-eloknya dilengkapi cabinet berpermukaan kerja dan sink yang dibina berasingan.Bahan permukaan kerja pula hendaklah berlainan bagi membezakan setiap fungsi kawasan kerja.Lain bahan,lainlah pula ciri dan ketahanannya.Ada yang mudah terjejas oleh tumpahan tertentu dan benda panas,ada juga yang tahan lasak,senang dibersihkan dan cantik.Justeru sebelum membuat sebarang pilihan,teliti setiap ciri bahan permukaan kerja yang ditawarkan.
            Sama pentingnya dengan meja kerja,sink pula biasanya terletak antara dua penjuru ruang.Namun,tempat paling sesuai ialah diantara peti sejuk dengan dapur masak.Sama ada ditengah atau berhampiran peti sejuk dan dapur masak,sink menjadi laluan serta tempat persinggahan kedua-duanya.Ia paling sesuai dibina berhadapan tingkap kerana udara segar yang masuk melaluinya mempercepatkan proses pengeringan pinggan mangkuk.
            Lazimnya,sink mempunyai mangkuk tadahan sedalam 0.12-0.17meter tetapi jika kerap memasak,sink sedalam 0.2-0.25 meter diperlukan untuk kemudahan mencuci periuk,kuali besar dan bahan masakan.

            Pelbagai reka bentuk sink terdapat dipasaran,antaranya:

            A)BERKEMBAR-untuk menyabun dan membilas
            B)SATU MANGKUK-sering diguna dan terletak selari dengan dapur masak.
            C)MANGKUK BULAT-lazim diguna untuk tugas ringan dan diletakkan di sudut.
            D)TIGA MANGKUK-mangkuk tengah biasanya diguna sebagai tempat membuang sisa       
                makanan,selain untuk mengeringkan sayuran dan buah-buahan selepas dibasuh,selain piring dan                  mangkuk kecil.

PANDUAN AM

1.Lindungi kawasan sekitar dapur masak dengan kemasan granit,quartz stone,solid surface,terazo,keluli tahan karat dan tiles dengan binaan konkrit.Ketujuh-tujuh bahan ini kalis panas,tahan lasak dan memerlukan sedikit sahaja penjagaan.Bagaimanapun,jika menyewa atau anda tidak tinggal lama,fikirlah dua kali untuk memasang bahan ini kerana ia membabitkan kos tinggi.

2.Jika sink dilengkapi tempat mengering,pastikan kemasan permukaannya bersifat kalis air dan tidak terlalu keras bagi mengelak barangan kaca dan tembikar Cina pecah sewaktu menyusun diatasnya.Kemasan seperti keluli tahan karat,kayu keras berminyak dan corian antara yang sesuai diguna sebagai tempat pengeringan.

3. Pastikansink dilengkapi kepala paip yang mudah diputar dan seeloknya paip dipasang tinggi supaya peralatan memasak dan menghidang yang digunakan tidak mudah terhantuk sewaktu mencuci.

4. Kerja memotong dan menyediakan masakan sebaiknya dilakukan diatas bod kayu.Oleh itu,beli beberapa bod kayu untuk diletakkan diatas permukaan kerja.

5. Kemasan seperti granit,solid surface,quartz stone dan batu loh adalah dua permukaan kerja yang sesuai untuk membuat roti dan pastri kerana sifatnya yang sejuk serta licin membuatkan doh tidak melekat.

6. Permukaan kerja kayu yang disaluti minyak Nampak menarik tetapi elak meletak benda panas di atasnya.

REPORT BY
eezan 0133417660

PERKARA PENTING UNTUK KOS MEMBINA KABINET DAPUR


1) SAIZ BINAAN
2) BAHAN DAN KEMASAN
3) REKABENTUK
4) AKSESORI
5) KOS KONTRAKTOR

SAIZ BINAAN
Lebih besar saiz binaan dapur anda tentulah lebih besar juga kos membinanya.Misalnya dapur berbentuk L bersaiz 12kakiX12kaki tentulah lebih mahal dari dapur L saiz 7kakiX7kaki.Sebabnya tenaga kerja,masa dan bahan gunaan meningkat dengan skala saiz binaan.Sama jugak dengan kos pengangkutan,penggunaan mesin dan sebagainya.
SEMESTINYA DAPUR YANG KECIL DAN RINGKAS LEBIH MURAH DARI DAPUR BESAR DENGAN AKSESORI PENUH.

BAHAN DAN KEMASAN
            Bahan binaan dan kemasan kabinet dapur yang dipilih juga memainkan peranan dalam menentukan kos.Badan cabinet yang dibina menggunakan kepingan chipboard tidak sama dengan badan cabinet yang dibina dengan ply bertetulang.Worktop konkrit,solid surface,chipboard,kayu atau granite pun berlainan harga.Pintu-pintu cabinet juga boleh menggunakan pelbagai bahan serta kemasan.Chipboard atau melamine board dengan ABS merupakan antara pilihan yang paling murah.Bagaimanapun HARGA AKAN MENINGKAT APABILA MENGGUNAKAN BAHAN DAN KEMASAN YANG LEBIH KUKUH DAN BERKUALITI seperti ply laminasi,kayu solid,kaca,aluminium,stainless steel dan sebagainya.

REKABENTUK
            Rekabentuk kabinet dapur berbeza-beza mengikut keperluan dan citarasa seseorang.Ada yang memilih untuk memiliki dapur yang berekabentuk ringkas seperti kotak-kotak modular.Ada yang inginkan cabinet dapur mereka direka dengan ciri-ciri tertentu,misalnya dinding yang lebih lebar,bentuk yang unik,unit atas sampai ke siling,kabinet gantung dan sebagainya.JIKA RUMIT REKABENTUK YANG DICIPTA MAKA TENTU LEBIH MAHAL KOS MEMBINANYA.

AKSESORI 
            Selain dari binaan cabinet dapur asas,anda juga perlu memikirkan tentang aksesori-aksesori yang diperlukan bagi melengkapkan dapur supaya ia menjadi lebih praktikal dan benar-benar berfungsi sebagaimana yang diharapkan.Anda mungkin mahu cabinet dapur anda dilengkapi rak pengering pinggan,rak botol,bakul tarik untuk MEMUDAHKAN PENGURUSAN STOK BARANGAN.Selain itu anda mungkin juga inginkan kabinet anda dilengkapi lampu-lampu bina dalam,menggunakan ensel-ensel softclose,handel yang cantik dan sebagainya.Semakin banyak aksesori yang anda aplikasikan ke dalam dapur anda,maka semakin besarlah belanja yang perlu dikeluarkan.

KOS KONTRAKTOR
            Selain dari kos kabinet dapur itu sendiri,anda juga perlu melihat kos-kos yang ditanggung pihak kontraktor.Misalnya kos overhead perniagaan yang besar dan berjenama mungkin akan memberi sebutharga yang sesuai dengan kedudukannya.TUKANG ATAU BURUH YANG BERKEMAHIRAN TINGGI PERLU DIBAYAR LEBIH MAHAL DARI MEREKA YANG KURANG BERKEMAHIRAN.Jarak yang jauh juga akan menyebabkan kos pengangkutan meningkat.Bagi kotraktor yang memberi jaminan atau service lepas jualan sejumlah peruntukan perlu disediakan untuk tujuan berkenaan.

KESIMPULAN
            Sebagai kesimpulannya,kos membina kabinet dapur anda bukan saja tidak akan sama dari rumah ke rumah tetapi dari kontraktor kerana factor-faktor yang disebutkan di atas.Ada sebab kenapa sesuatu itu mahal atau murah.Pada dasarnya tidak ada siapa yang akan menjual murah barang mahal dan tidak ada siapa akan membeli mahal barang murah.Secara universalnya kualiti dan harga sentiasa seiringan.

“WHEN YOU PAY PEANUTS, YOU GET MONKEYS”
REPORT BY
eezan 0133417660

REKA BENTUK SISTEM KABINET




REPORT BY
eezan 0133417660